Thursday, September 6, 2018

Five Star Kitchen @ Kota KInabalu


Pesta kuih Bulan semakin dekat . orang cina sedang membuat persediaan untuk menyambut perayaan ni , kalau tentang pesta kuih bulan mesti berkaitan dengan kuih bulan dan juga tanglung dan disambut dengan meriah sekali bagi semua orang cina . Perayaan ni juga di sambut pada setiap tahun hanya sekali aje , oleh tu ada yang memyambut perayaan ni secara besar-besaran dengan penuh meriah sekali  . tentang kuih bulan saya di sini akan memperkenalkan kuih bulan dari sebuah restoran yang bernama Five Star Kitchen , ia amat popular dengan berbagai pastri juga yang terdapat di sini seperti kek dan juga kuih bulan , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencuba kuih bulan di sini dan boleh tau apa perbezaan dengan kuih bulan lain di luar sana . 

Sebenarnya bukan senang dapat membeli dan merasakan kuih bulan yang terbaik , oleh tu memang tak rugi kalau dapat mersakan kuih bulan di restoran ni juga . Bagi saya memberi markah penuh juga tentang kuih bulan di sini , biarpun harga kuih bulan di sini ada mahal sikit tetapi bagi saya memang berbaloi kerana dapat merasakan kuih bulan yang terbaik ni . Lagipun kuih bulan di sini terdapat berbagai bentuk dan juga perisa yang jarang jumpa di luar sana dan kuih bulan Five Star Kitchen ni juga mendapat sambutan hangat juga , oleh tu kalau ni menghadiahkan untuk saudara mara dan ni la kuih bulan yang pilihan bagi semua dan tidak akan mengecewakan bagi semua yang memlih kuih bulan di sini sebagai tanda pemberian untuk saudara mara . Kalau ingin mencuba kuih bulan boleh cuba memilih kuih bulan restoran ni sebagai persediaan untuk pesta kuih bulan akan datang ni  .....


 

Saturday, September 1, 2018

Pappa'Rato @ Sandakan

Pappa'Rato merupakan sebuah kafe yang selalu mendapat sambutan pelanggan di sini kerana setiap hidangan makanan di sini dapat memenuhi citarasa setiap pelanggan yang mengunjungi ke sini . Lagipun kafe ni mempunyai chef yang cukup pengalaman untuk mengendali makanan di sini juga , oleh tu bagi saya memang tak rugi mencuba masakan di kafe ni dan satu lagi ialah keadaan suasana kafe juga cukup memuaskan hati dengan servis pada pelanggan yang datang ke sini . Oleh tu saya tetap memberi markah penuh tentang restoran ni juga , kalau ada masa kamurang boleh juga membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati makanan di kafe ni dan boleh menilaikan sendiri juga .



Kafe ni juga lebih fokus pada makanan Barat , oleh tu kalau seseorang yang minat makan makanan Barat , boleh datang ke sini untuk mencubanya . Ini pasti tak akan mengecewakan juga , bagi saya makanan Barat di kafe ni boleh dikatakan memang sedap biarpun harganya mahal sikit tapi berbaloi untuk mencubanya . Lagipun sini terdapat beberapa makanan Barat menjadi pilihan utama bagi pelanggan tetap di sini .



Sini juga terdapat manisan pencuci mulut yang terbaik seperti aiskrim dan kek , oleh tu jangan ketinggalan untuk menikmati manisan pencuci mulut ni juga . Terdapat berbagai rasa ais-krim yang patut kena cuba , kalau kamurang seorang peminat aiskrim dan ni la peluang terbaik untuk menikmati aiskrim terbaik di kafe ni . Saya sendiri pun seorang peminat aiskrim oleh tu boleh dikatakan mendapat markah penuh tentang aiskrim di sini , kalau ada yang belum tau lokasi kafe ni , saya akan memberi informasi lokasi kafe untuk semua kawan-kawan di sini nanti supaya dapat menikmati makanan Barat dan manisan pencuci mulut terbaik di kafe ni . 

Tentang suasana ubahsuai kafe ni juga sangat unik dan memang mempunyai tarikan tersendiri pada setiap pelanggan yang datang ke sini dan setiap rekaan serta susunan memang berbeza dengan kafe yang lain . Suasananya juga cukup sentimental dan memang kebiasaan menjadi tempat orang yang bercinta datang ke sini juga untuk menikmati makanan di kafe ni , oleh tu saya memberi lima bintang untuk suasana kafe ni juga ..... 



Lot 126 , Ground Floor ,
One Avenue 4 ,
Bandar Utama , Batu 6
Jalan Utara , 
90000 Sandakan ,
Sabah .

Friday, August 31, 2018

Palm Garden @ Hotel Sandakan


Hari ni saya memperkenalkan makanan di sebuah restoran cina di sini hotel Sandakan , nama restoran cina ni ialah Palm Garden dan ia tak asing lagi bagi pelanggan tempatan di sini dan memang selalu dikunjungi juga oleh pelanggan di sini hotel atau luar sana . Makanan yang paling digemari oleh orang ramai semestinya dimsum , tentang dimsum di sini Palm Garden boleh dikatakan sedap juga dan kalau ada masa boleh datang membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini mencuba , bagi yang belum pernah lagi menjejaki restoran ni . Biarpun Palm Garden memang bukan pilihan utama tapi makanannya tetap akan mencuba dan menilai tahap makanan di restoran ni . Tahap harga makanan di sini juga mengikut jenis makanan di sini terutama makanan dimsum , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya . 

Dimsum yang saya seperti " siew mai " di sini pun boleh dikatakan memang sedap , tapi kalau pada rasa kesegaran pada udang di dalam siew mai ni pun agak memuaskan juga , oleh tu boleh mencuba siew mai di sini , mungkin ni juga menjadi pilihan menu anda juga . Tentang " pai kuat " pula kurang memuaskan kerana kebanyakan banyak tulang dari dagingnya , biarpun menu ni kurang memuaskan tapi citarasanya tetap dapat menarik setiap pelanggan kerana ia cukup rasa pada pai kuat ni sebab kuahnya juga meresap ke dalam daging dan tulangnya dan menjadi wangi dan cukup rasa . Bagi saya memberi THUMB UP juga pada pai kuat ni sebab citarasanya yang memuaskan dan tahap kesegaran dagingnya agak baik . 




Menu dimsum yang saya memperkenalkan juga di sini iaitu " wu kok " , ia daging di balut dengan ubi yam dan jenis yang goreng , ni juga selalu mendapat sambutan juga bagi pelanggan di sini  . Dimsum ni memang harus kena cuba juga kerana memang tak akan mengecewakan pada setiap pelanggan , daging di dalam ubi yam ni cukup rasa dan penuh kemanisan kuahnya . Bila mengigit ubi yam ni dan terdapat kuahnya pada daging di dalam penuh kemanisan dan juga kewangian daging tersebut . Oleh tu menu dimsum ni boleh diberikan markah penuh juga , kamurang boleh juga membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini dengan mencuba wu kok ni dan menilaikan sendiri juga tahapnya . Tentang harganya juga tak berapa mahal dan sesuai dengan menu dimsum ni juga , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dimsum di sini Palm Garden .....




Palm Garden , 
Hotel Sandakan ,
P.O Box 1509 ,
90716 Sandakan ,
Sabah .

Tel : 089-221122

Thursday, August 30, 2018

Pasar Kim Fung @ Sandakan

Minggu ni saya bersama bini saya berada di kampung halaman saya iaitu Sandakan , saya memperkenalkan makanan di kampung halaman saya ni , Sandakan merupakan lokasi yang sentiasa mempunyai makanan terbaik , oleh itu mendapat gelaran sebagai " little hong kong " kerana kebanyakan bangunan di sini juga masih dalam keadaan lama tanpa perubahan , sebab mempunyai sejarah kenangan di sini . Saya membawa anda semua ke lokasi ni yang mempunyai makanan terbaik di sini , tak kira pelancong luar negara ataupun pelancong tempatan tetap puji lokasi tempat makan ni , iaitu Pasar Bandar Kim Fung atau dikenali sebagai Batu 4 . 



Tempat ni memang menjadi pilihan utama bagi setiap pelanggan yang datang ke sini untuk menikmati makanan yang terbaik , bagi saya tempat ni memang boleh dikatakan sebagai syurga makanan kerana setiap makanan di sini selalu mendapat sambutan hangat dan menjadi pilihan utama . Lagipun tak mahal bagi setiap hidangan makanan untuk semua pelanggan di sini dan boleh dikatakan memang berbaloi dapat merasakan makanan di sini , bagi saya paling suka makanan di sini ialah manisan " bubur kacang tanah " , kerana ia merupakan manisan yang selalu mendapat sambutan di sini . Tentang manisan bubur kacang tanah ni dihasilkan oleh kacang tanah sebenar dan bila makan dapat rasakan kewangian kacang tanah sebenar dan juga pekat , oleh tu saya memberi manisan ni markah penuh .

Selain tu juga makanan terbaik di sini juga seperti " wantan mee "  , ia memang berbeza dengan wantan mee yang saya pernah cuba sebelum ni .  Kuah hidangan ni cukup pekat dan juga dapat rasa telur pada kuah ni juga , tentang mee ni pula sangat lembut dan cukup rasa pada mee ni . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dan jamin akan datang ke sini mencuba lagi , kalau ada masa boleh membawa keluarga datang ke sini Sandakan untuk menjejaki makanan terbaik di sini juga dan pasti memuaskan hati semua dapat rasakan makanan di sini . 



Sebenarnya Pasar Bandar Kim Fung memang popular dengan berbagai jenis makanan yang sedap , tak kira dari sarapan hingga minum petang , semua orang tetap mencari makan di kawasan sini . Kalau ada masa boleh juga cuba pesan ayam panggang di sini seperti gambar di atas ni ,  ia memang cukup rasa dan wangi dengan ramuan ayam panggang ni dan juga berbeza dengan ayam panggang yang saya pernah cuba sebelum ni . Oleh tu boleh memberi markah penuh terhadap hidangan ni juga , pasti anda akan suka hidangan ayam panggang ni dan juga akan menjilat jari macam makan KFC juga ni . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk menikmati ayam panggang di sini Pasar Bandar Kim Fung bersama keluarga , ia sesuai untuk makan tengah hari atau menjadi pusas ada minum petang . 

Terakhir sekali ialah " sau nyuk " iaitu babi panggang , makanan ni juga makanan utama bagi yang bukan beragama Islam , oleh tu sau nyuk ni juga selalu mendapat sambutan bagi orang cina di sini , ia juga wangi dan berlemak pada sau nyuk ni , 
bagi saya memang berbaloi dapat merasakan sau nyuk yang terbaik ni , mungkin harganya mahal sikit tapi janji dapat merasakan sau nyuk yang terbaik ni , ni juga boleh makan di sana atau tapao bawa balik rumah untuk menikmati bersama dengan keluarga .....





Bandar Kim Fung ,
Batu 4 , 90000 ,
Sandakan , 
Sabah .

Tuesday, August 28, 2018

Ayam Marjerin Cara Masakan Rumah


Betapa sedap masakan " butter chicken " di rumah kakak saya ni , boleh dikatakan memang cukup rasa dan nampak pun terus menelan air liur ni . Kerana ia cukup wangi dengan marjerin yang meresap pada ayam , oleh tu memang membuatkan buka selera menu kakak saya ni . Lagipun masakan ni merupakan paling popular di kalangan luar sana , oleh tu kalau ingin merasa masakan ni dan boleh mencuba masak di rumah dengan menikmati bersama keluarga . Saya dan bini saya juga memberi THUMB UP dengan masakan kakak saya ni , bukan setakat wangi marjerin yang meresap dalam ayam , ia juga dapat merasakan daging ayam yang lembut masa kunyah di dalam mulut . Cara masak hidangan ni juga boleh masak " wet butter chicken " ataupun " dry butter chicken " , ni terpulang pada citarasa masing-masing pada hidangan ni . Kalau bagi saya lebih suka dengan " wet butter chicken " kerana wangi dengan marjerin pada ayam tersebut . 

Ini juga boleh dihidangkan untuk satu keluarga sebagai menu makan malam juga , oleh tu memang tak rugi mencuba masakan ni di sana rumah . Bagi saya menu ni kalau di sana luar memang boleh dikatakan mahal sikit , oleh tu kalau mau jimat dan boleh mencuba resepi ni di sana rumah . Sebenarnya sendiri boleh juga hiaskan sikit pada hidangan ni juga supaya nampak cantik dan kreatif  , ni terpulang pada citarasa masing-masing juga , biarpun saya di sini boleh mengatakan resipi kakak saya ni memang cukup citarasa untuk semua orang kalau ada yang ingin mencuba resepi ni di sana rumah ......

Monday, August 27, 2018

Kedai Kopi Jia Hua @ Bundusan


Hari ni saya memperkenalkan sebuah kedai kopi yang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat juga kerana mempunyai berbagai jenis makanan di sini , biarpun makanan nampaknya seperti biasa tetapi citarasanya tidak mengecewakan untuk semua pelanggan yang datang ke sini . Nama kedai kopi ni ialah Jia Hua yang berada di lokasi Bundusan , kebanyakan makanan di sini ialah kuih-muih dan makanan Asian , tentang harga makanan di sini juga dikatakan tak berapa mahal juga . Oleh tu kalau ada masa boleh membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati makanan yang berbagai jenis makanan yang terdapat di sini . 

Bagi saya makanan di sini boleh memberi THUMB UP juga tetapi masih perlu memperbaiki tahap makanan di sini juga kerana kadang-kadang terlalu sikit dan tak sesuai pada harga makanan tersebut , seperti saya pesan " kon lau mian daging ayam " dengan merujuk gambar di atas , harganya RM 7 tetapi tahap makanan tak seperti pada harga makanan tersebut . Tentang citarasa makanan ni memang cukup memuaskan juga dan tidak mengecewakan , oleh tu boleh datang mencubanya serta menilaikan sendiri . 

Tentang rasa mee ni juga memang lembut dan memang berbeza dengan mee di luar sana , boleh rasa syiok masa kunyah di dalam mulut . Jarang dapat rasa mee macam ni , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya , tentang rasa daging ayam ni memang sedap dengan cara goreng ayam daging ni . Masa makan daging ayam ni juga boleh rasa lembut dagingnya dan juga cukup masak , oleh tu boleh diberikan empat bintang untuk menu ni juga . Keadaan suasana di sini juga agak selesa bagi setiap pelanggan yang datang ke sini , terutamanya tak susah untuk mendapatkan letak kereta di sini juga tak kira hujung minggu atau hari biasa . Di sini setiap pelanggan datang ke sini untuk menikmati minum petang , kebanyakan roti atau kuih-muih sentiasa menjadi pilihan pelanggan di sini masa minum petang . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini dengan menikmati makanan di sini ...... 





Grand Industrial Centre ,
89500 Penampang ,
Sabah .

Tel : 088-721161

Saturday, August 25, 2018

Bake Code : Bakery And Cafe


Hari ni saya memperkenalkan sebuah kedai bakeri yang dikatakan mempunyai berbagai jenis roti yang boleh dikatakan selalu mendapat sambutan di sini , nama kedai bakeri ni ialah Bake Code yang tak asing lagi bagi pelanggan di sini dan selalu mempunyai peminat roti yang setia . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk datang membeli dan bawa balik rumah dengan mencuba bersama keluarga , saya juga memberi THUMB UP terhadap suasana kedai bakeri ni juga yang harmoni . Tentang lokasi kedai bakeri ni terletak di kawasan yang mempunyai xudah kena dicari , oleh tu bukan saja pelanggan lokal yang datang ke sini , tetapi terdapat juga kadang-kadang pelancong asing yang berada di area ni akan juga singgah kedai bakeri ni juga . 



Pada setiap roti di sini juga memang menggunakan bahan-bahan yang tulen untuk menghasilkan rasa roti yang sebenar , bagi saya memang berbaloi juga biarpun harganya mungkin mahal sikit tetapi janji dapat rasakan makan roti yang sihat . Lagipun di sini mempunyai berbagai jenis roti yang jarang jumpa di kedai bakeri luar sana , oleh tu memang mempunyai citarasa sendiri terhadap semua pelanggan yang datang ke sini . 



Roti Bake Code ni memang boleh dikatakan roti terbaik juga di sini dan kebanyakkan golongan nusa hingga tua pun tetap juga suka roti ni , bagi saya sendiri pun memberi THUMB UP juga terdapat roti di sini . Kalau ada masa boleh juga membawa keluarga ataupun kawan-kawan menjejaki kedai roti ni dan mencubanya , boleh juga menilaikan sendiri tahap kesedapan roti ni juga . Sebenarnya roti ni tanpa menggunakan bahan tiruan untuk membuatnya dan itulah boleh merasakan Original rasa roti sebenar ni terutamanya kelembutan pada roti ni .

Akhirnya sekali ialah roti Bake Code ni kebanyakan jenis " Danish " dan " French " juga , itulah perbezaan roti di sini dengan di luar sana . Lagipun roti ni biasanya diilhamkan oleh setiap pelajar yang berada di luar negara yang telah kembali ke sini dengan memberi nafas baru tentang bidang pastri di sini , selain roti yang terdapat di sini terdapat juga tart popular di sini juga . Ia memang sesuai untuk semua orang pada masa minum petang yang merupakan budaya kita di sini , kedai bakeri ni juga terdapat di lokasi kawasan City Mall shopping Mall selain di sini Lintas Plaza .

Jenis-jenis roti yang selalu mendapat sambutan di sini ialah " the crown " , " mr.chocolate bean " ," garlic cheese " , " cheese triangle " dan " cranberry flaxseed " . Oleh tu jangan melepaskan peluang untuk mencubanya , Tentang harganya memang mahal sikit tapi boleh dikatakan berbaloi juga  kerana dapat merasakan roti yang terbaik dan keunikan sendiri di sini juga ......




M-O-23 , Ground Floor , City Mall ,
Jalan Lintas , Kota Kinabalu , 
88300 Sabah .

Tel : 0128021638