Thursday, September 6, 2018
Five Star Kitchen @ Kota KInabalu
Pesta kuih Bulan semakin dekat . orang cina sedang membuat persediaan untuk menyambut perayaan ni , kalau tentang pesta kuih bulan mesti berkaitan dengan kuih bulan dan juga tanglung dan disambut dengan meriah sekali bagi semua orang cina . Perayaan ni juga di sambut pada setiap tahun hanya sekali aje , oleh tu ada yang memyambut perayaan ni secara besar-besaran dengan penuh meriah sekali . tentang kuih bulan saya di sini akan memperkenalkan kuih bulan dari sebuah restoran yang bernama Five Star Kitchen , ia amat popular dengan berbagai pastri juga yang terdapat di sini seperti kek dan juga kuih bulan , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencuba kuih bulan di sini dan boleh tau apa perbezaan dengan kuih bulan lain di luar sana .
Sebenarnya bukan senang dapat membeli dan merasakan kuih bulan yang terbaik , oleh tu memang tak rugi kalau dapat mersakan kuih bulan di restoran ni juga . Bagi saya memberi markah penuh juga tentang kuih bulan di sini , biarpun harga kuih bulan di sini ada mahal sikit tetapi bagi saya memang berbaloi kerana dapat merasakan kuih bulan yang terbaik ni . Lagipun kuih bulan di sini terdapat berbagai bentuk dan juga perisa yang jarang jumpa di luar sana dan kuih bulan Five Star Kitchen ni juga mendapat sambutan hangat juga , oleh tu kalau ni menghadiahkan untuk saudara mara dan ni la kuih bulan yang pilihan bagi semua dan tidak akan mengecewakan bagi semua yang memlih kuih bulan di sini sebagai tanda pemberian untuk saudara mara . Kalau ingin mencuba kuih bulan boleh cuba memilih kuih bulan restoran ni sebagai persediaan untuk pesta kuih bulan akan datang ni .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment