Friday, August 31, 2018

Palm Garden @ Hotel Sandakan


Hari ni saya memperkenalkan makanan di sebuah restoran cina di sini hotel Sandakan , nama restoran cina ni ialah Palm Garden dan ia tak asing lagi bagi pelanggan tempatan di sini dan memang selalu dikunjungi juga oleh pelanggan di sini hotel atau luar sana . Makanan yang paling digemari oleh orang ramai semestinya dimsum , tentang dimsum di sini Palm Garden boleh dikatakan sedap juga dan kalau ada masa boleh datang membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini mencuba , bagi yang belum pernah lagi menjejaki restoran ni . Biarpun Palm Garden memang bukan pilihan utama tapi makanannya tetap akan mencuba dan menilai tahap makanan di restoran ni . Tahap harga makanan di sini juga mengikut jenis makanan di sini terutama makanan dimsum , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya . 

Dimsum yang saya seperti " siew mai " di sini pun boleh dikatakan memang sedap , tapi kalau pada rasa kesegaran pada udang di dalam siew mai ni pun agak memuaskan juga , oleh tu boleh mencuba siew mai di sini , mungkin ni juga menjadi pilihan menu anda juga . Tentang " pai kuat " pula kurang memuaskan kerana kebanyakan banyak tulang dari dagingnya , biarpun menu ni kurang memuaskan tapi citarasanya tetap dapat menarik setiap pelanggan kerana ia cukup rasa pada pai kuat ni sebab kuahnya juga meresap ke dalam daging dan tulangnya dan menjadi wangi dan cukup rasa . Bagi saya memberi THUMB UP juga pada pai kuat ni sebab citarasanya yang memuaskan dan tahap kesegaran dagingnya agak baik . 




Menu dimsum yang saya memperkenalkan juga di sini iaitu " wu kok " , ia daging di balut dengan ubi yam dan jenis yang goreng , ni juga selalu mendapat sambutan juga bagi pelanggan di sini  . Dimsum ni memang harus kena cuba juga kerana memang tak akan mengecewakan pada setiap pelanggan , daging di dalam ubi yam ni cukup rasa dan penuh kemanisan kuahnya . Bila mengigit ubi yam ni dan terdapat kuahnya pada daging di dalam penuh kemanisan dan juga kewangian daging tersebut . Oleh tu menu dimsum ni boleh diberikan markah penuh juga , kamurang boleh juga membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini dengan mencuba wu kok ni dan menilaikan sendiri juga tahapnya . Tentang harganya juga tak berapa mahal dan sesuai dengan menu dimsum ni juga , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dimsum di sini Palm Garden .....




Palm Garden , 
Hotel Sandakan ,
P.O Box 1509 ,
90716 Sandakan ,
Sabah .

Tel : 089-221122

No comments:

Post a Comment