Thursday, August 30, 2018

Pasar Kim Fung @ Sandakan

Minggu ni saya bersama bini saya berada di kampung halaman saya iaitu Sandakan , saya memperkenalkan makanan di kampung halaman saya ni , Sandakan merupakan lokasi yang sentiasa mempunyai makanan terbaik , oleh itu mendapat gelaran sebagai " little hong kong " kerana kebanyakan bangunan di sini juga masih dalam keadaan lama tanpa perubahan , sebab mempunyai sejarah kenangan di sini . Saya membawa anda semua ke lokasi ni yang mempunyai makanan terbaik di sini , tak kira pelancong luar negara ataupun pelancong tempatan tetap puji lokasi tempat makan ni , iaitu Pasar Bandar Kim Fung atau dikenali sebagai Batu 4 . 



Tempat ni memang menjadi pilihan utama bagi setiap pelanggan yang datang ke sini untuk menikmati makanan yang terbaik , bagi saya tempat ni memang boleh dikatakan sebagai syurga makanan kerana setiap makanan di sini selalu mendapat sambutan hangat dan menjadi pilihan utama . Lagipun tak mahal bagi setiap hidangan makanan untuk semua pelanggan di sini dan boleh dikatakan memang berbaloi dapat merasakan makanan di sini , bagi saya paling suka makanan di sini ialah manisan " bubur kacang tanah " , kerana ia merupakan manisan yang selalu mendapat sambutan di sini . Tentang manisan bubur kacang tanah ni dihasilkan oleh kacang tanah sebenar dan bila makan dapat rasakan kewangian kacang tanah sebenar dan juga pekat , oleh tu saya memberi manisan ni markah penuh .

Selain tu juga makanan terbaik di sini juga seperti " wantan mee "  , ia memang berbeza dengan wantan mee yang saya pernah cuba sebelum ni .  Kuah hidangan ni cukup pekat dan juga dapat rasa telur pada kuah ni juga , tentang mee ni pula sangat lembut dan cukup rasa pada mee ni . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dan jamin akan datang ke sini mencuba lagi , kalau ada masa boleh membawa keluarga datang ke sini Sandakan untuk menjejaki makanan terbaik di sini juga dan pasti memuaskan hati semua dapat rasakan makanan di sini . 



Sebenarnya Pasar Bandar Kim Fung memang popular dengan berbagai jenis makanan yang sedap , tak kira dari sarapan hingga minum petang , semua orang tetap mencari makan di kawasan sini . Kalau ada masa boleh juga cuba pesan ayam panggang di sini seperti gambar di atas ni ,  ia memang cukup rasa dan wangi dengan ramuan ayam panggang ni dan juga berbeza dengan ayam panggang yang saya pernah cuba sebelum ni . Oleh tu boleh memberi markah penuh terhadap hidangan ni juga , pasti anda akan suka hidangan ayam panggang ni dan juga akan menjilat jari macam makan KFC juga ni . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk menikmati ayam panggang di sini Pasar Bandar Kim Fung bersama keluarga , ia sesuai untuk makan tengah hari atau menjadi pusas ada minum petang . 

Terakhir sekali ialah " sau nyuk " iaitu babi panggang , makanan ni juga makanan utama bagi yang bukan beragama Islam , oleh tu sau nyuk ni juga selalu mendapat sambutan bagi orang cina di sini , ia juga wangi dan berlemak pada sau nyuk ni , 
bagi saya memang berbaloi dapat merasakan sau nyuk yang terbaik ni , mungkin harganya mahal sikit tapi janji dapat merasakan sau nyuk yang terbaik ni , ni juga boleh makan di sana atau tapao bawa balik rumah untuk menikmati bersama dengan keluarga .....





Bandar Kim Fung ,
Batu 4 , 90000 ,
Sandakan , 
Sabah .

No comments:

Post a Comment