Monday, August 27, 2018

Kedai Kopi Jia Hua @ Bundusan


Hari ni saya memperkenalkan sebuah kedai kopi yang boleh dikatakan mendapat sambutan hangat juga kerana mempunyai berbagai jenis makanan di sini , biarpun makanan nampaknya seperti biasa tetapi citarasanya tidak mengecewakan untuk semua pelanggan yang datang ke sini . Nama kedai kopi ni ialah Jia Hua yang berada di lokasi Bundusan , kebanyakan makanan di sini ialah kuih-muih dan makanan Asian , tentang harga makanan di sini juga dikatakan tak berapa mahal juga . Oleh tu kalau ada masa boleh membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk menikmati makanan yang berbagai jenis makanan yang terdapat di sini . 

Bagi saya makanan di sini boleh memberi THUMB UP juga tetapi masih perlu memperbaiki tahap makanan di sini juga kerana kadang-kadang terlalu sikit dan tak sesuai pada harga makanan tersebut , seperti saya pesan " kon lau mian daging ayam " dengan merujuk gambar di atas , harganya RM 7 tetapi tahap makanan tak seperti pada harga makanan tersebut . Tentang citarasa makanan ni memang cukup memuaskan juga dan tidak mengecewakan , oleh tu boleh datang mencubanya serta menilaikan sendiri . 

Tentang rasa mee ni juga memang lembut dan memang berbeza dengan mee di luar sana , boleh rasa syiok masa kunyah di dalam mulut . Jarang dapat rasa mee macam ni , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencubanya , tentang rasa daging ayam ni memang sedap dengan cara goreng ayam daging ni . Masa makan daging ayam ni juga boleh rasa lembut dagingnya dan juga cukup masak , oleh tu boleh diberikan empat bintang untuk menu ni juga . Keadaan suasana di sini juga agak selesa bagi setiap pelanggan yang datang ke sini , terutamanya tak susah untuk mendapatkan letak kereta di sini juga tak kira hujung minggu atau hari biasa . Di sini setiap pelanggan datang ke sini untuk menikmati minum petang , kebanyakan roti atau kuih-muih sentiasa menjadi pilihan pelanggan di sini masa minum petang . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini dengan menikmati makanan di sini ...... 





Grand Industrial Centre ,
89500 Penampang ,
Sabah .

Tel : 088-721161

No comments:

Post a Comment