Monday, August 13, 2018

OCHADO @ Suria Sabah

Hi , saya kembali lagi di sini blog saya , hari saya memperkenalkan satu jenis minuman yang sudah tak asing lagi iaitu "  Milky Tea "  , bila ingin minum minuman ni mesti teringat YOYO kafe atau Easy Way yang berasal dari Taiwan , tapi ni kali minuman ni berasal dari Jepun dan memang lain dari yang lain biarpun nama minuman yang sama . Saya di sini memperkenalkan OCHADO merupakan kafe yang menghasilkan minuman ni tapi stail Jepun , apa beza minuman ni dengan minuman sebelum ni ? Ni pasti mau cuba dan baru dapat menilai sendiri pasal minuman ni , oleh tu jangan lepaskan peluang cuba minuman ni ya . Sebenarnya OCHADO ni berada di lokasi di dalam sebuah pusat beli-belah juga , nama pusat beli-belah ni ialah Suria Sabah dan memang selalu dikunjungi ramai orang . 



Tentang kafe ni memang boleh dikatakan juga mendapat sambutan dari setiap pelanggan yang datang ke sana , pasal harga minuman ni mengikut setiap jenis minuman di sini dan memang berbaloi kerana dapat rasakan minuman " Japanese Milky Tea " yang berbeza dengan lain . Lagipun minuman ni juga sihat juga kerana tentang manis yang kurang pada setiap minuman ni , di sini juga terdapat minuman ice blended dan memang patut mencuba minuman ni juga . Kalau anda seorang penggemar minuman ice blended dan tempat ni menjadi pilihan semua dan boleh memberikan markah penuh juga tentang minuman ice blended sini , sebenarnya OCHADO ni memang lama sudah beroperasi di sana Jepun dan juga merupakan kafe pilihan di sana juga , oleh tu dikatakan kita di sini kira bertuah juga kerana dapat rasakan minuman Jepun ni . 

Terdapat minuman utama di sini juga seperti " Milky Tea with Jelly Grass " , " Okinawa Matcha Milk Tea " , " Oolong White Peach Tea " , " Oreo Chocolate Ice Blended " dan " Pudding Milky Tea " . nampak nama minuman ni dah tau memang berbeza dengan minuman milky tea di luar sana , kalau ada masa boleh membawa keluarga ataupun kawan-kawan untuk mencuba minuman milky tea Jepun ni juga . Tentang kafe ni beroperasi bisnes pada setiap hari Isnin hingga Ahad dengan masa waktu ialah 10 pagi hingga 10 malam , oleh tu jangan lepaskan peluang menikmati minuman milky tea Jepun ni dan pasti akan datang kembali mencuba lagi .....



1-A , 1st Floor , 
Suria Sabah Shopping Mall ,
Jalan Tun Fuad Stephens ,
Pusat Bandar Kota Kinabalu , 
88000 Kota Kinabalu ,
Sabah .

Tel : 0168802003




No comments:

Post a Comment