Wednesday, August 15, 2018
Hokkaido Baked Cheese Tart @ Suria Sabah
Terdapat sebuah lagi tempat yang popular dengan makanan Jepun , tapi bukan berkaitan sushi dan wasabi , ia berkaitan dengan " Baked Cheese Tart " dan sangat popular di sini Kota Kinabalu . Setiap pelanggan tetap akan mencuba tart ni kerana memang harum dengan keju sebenar ,biasanya setiap pembelian dengan harga RM 6.20 untuk satu biji aje , tetapi kalau membeli 5 biji kena dengan harga RM 31.20 tetapi mendapat percuma sebiji juga , pada setiap pembelian ni juga ya .Sebenarnya tart keju ni berasal juga dari Hokkaido , jepun dan mendapat sambutan di negara sana . akhirnya ia menguasai berapa negara di Asia dengan makanan manisan ni seperti di Thailand , Hong Kong , Singapura dan akhir sekali ialah di Malaysia . Keharuman tart keju ni memang mengenangkan pada setiap pelanggan yang berlau di sana dan akhirnya juga mereka akan mencuba ni tart , bagi saya memberi tart ni markah penuh juga kerana susah mendapat rasakan tart keju ni dan memang berbaloi juga untuk mencuba juga ni .
Sebenarnya makanan manisan ni juga boleh dikatakan manisan Jepun yang terbaik di sini , kalau ada masa boleh juga membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk mencuba manisan Jepun ni juga , tentang ni tart keju ni juga terdapat berbagai jenis pilihan juga . Oleh tu kalau sesiapa masih belum pernah cuba dan boleh datang ke sini untuk mencuba tart keju ni serta boleh terus menilai tart keju ni berapa markah . Jenis tart keju di sini ialah " Durian Hokkaido Baked Cheese Tart " , " Original Hokkaido Baked Cheese Tart " dan " Chocolate Hokkaido Baked Cheese Tart " , tentang semua perisa ni mesti datang mencubanya .
Bagi saya tart keju ni memang juga kegemaran orang ramai dan harganya juga memang berpatutan untuk setiap pelanggan , kalau dah mencuba sekali tentu akan mencuba lagi . Tentang tart keju ni juga boleh menjadi sebagai buah tangan untuk masa melawat seseorang di sana rumah , ia juga boleh dikatakan dengan ada kelas sendiri . Keharuman tart keju ni juga tetap membuat setiap orang akan mencarinya , kalau anda seorang suka makan keju dan ni masa yang sesuai untuk anda mendapatkan tart keju ni sebagai penawar hati sebenarnya . Oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencuba Hokkaido Baked Cheese Tart , tentang masa bisnes beroperasi ialah setiap hari Isnin hingga Ahad dan waktunya ialah pukul 10 pagi - 9 malam . Lokasinya juga berada di dalam sebuah pusat beli-belah iaitu Suria Sabah .....
Suria Sabah Shopping Mall ,
17 , Jalan Tun Fuad Stephens ,
Pusat Bandar Kota Kinabalu ,
88000 , Kota Kinabalu ,
Sabah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment