Saturday, August 18, 2018
Lao Di Fang Vegetarian
Hi , apa khabar semua yang berada di sana ? Hari ni saya memperkenalkan sebuah restoran vegetarian yang mempunyai menu vegetarian paling popular juga di sini , lagipun restoran ni juga sentiasa mendapat sambutan dari setiap pelanggan yang datang menikmati vegetarian di sini . Sebenarnya memang sihat bagi seseorang yang makan vegetarian kerana ia makanan yang tidak mempunyai kolesterol , oleh tu ia sentiasa dapat menjaga kesihatan kita ni pada setiap umur . Terutamanya pada orang yang sudah umur meningkat , oleh tu makan vegetarian memang ada kelebihan juga sendiri . Tentang restoran ni juga mempunyai tukang masak yang mahir memasak vegetarian dengan mengikut setiap menu citarasa pelanggan yang datang ke sini , oleh tu saya memberi markah penuh juga pada setiap menu di sini .
Nama restoran ni ialah " Lao Di Fang " yang bermaksud tempat lama , ia juga berada di lokasi sini area Bundusan . Oleh tu sesiapa yang tinggal berdekatan di sini boleh membawa keluarga datang ke sini untuk menikmati vegetarian di sini juga ya , lagipun saya sebagai seorang blogger memang bertuah kerana dapat merasakan makanan hebat di sini juga , tentang keadaan suasana restoran ni mempunyai penghawa dingin di dalam dan juga boleh duduk di luar sebagai " open space " . Biasanya restoran ni juga selalu penuh pada masa malam , oleh tu boleh juga membuat tempahan meja duluan sebagai untuk makan malam bersama keluarga di sini restoran , tentang cara menghubungi restoran ni saya akan memberitahu juga nanti .
Sebenarnya tempat ni juga memang sesuai untuk pelanggan yang makan vegetarian saja dan memang berbaloi mencuba dengan setiap menu di restoran ni juga , bagi saya menu di sini boleh dikatakan terbaik juga dan boleh memberi markah penuh . Keadaan suasana restoran ni juga dalam keadaan bersih dan layanan untuk setiap pelanggan juga dikatakan mesra , tak hairan juga kenapa restoran ni sentiasa menjadi pilihan semua pelanggan . Tentang citarasa bagi setiap menu di sini memang memuaskan kerana tak berapa masin , oleh tu boleh datang ke sini dengan mencuba vegetarian di Lao Di Fang sekarang dan pasti akan kembali mencuba vegetarian di sini lagi .
Tentang ni restoran bisnes beroperasi ialah setiap hari Isnin hingga Ahad dengan waktunya ialah 8.00 pagi hingga 9.30 malam , oleh tu boleh bawa keluarga untuk menikmati makan malam di sini juga dan boleh menilai sendiri tentang citarasa setiap hidangan vegetarian di sini . Tentang harga pada setiap menu vegetarian di sini ialah dalam lingkungan RM 21 - RM 40 , tapi kira berbaloi juga kerana dapat merasakan vegetarian yang terbaik di restoran ni .....
Lot No 5 , Tingkat Bawah ,
Grand Industrial Centre Fasa 2 ,
Jalan Bundusan , Penampang ,
Kota Kinabalu 88300 ,
Sabah .
Tel : 0168496699
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment