Wednesday, August 22, 2018

Cucina De Olive @ Labuan

Akhirnya saya pun dapat blogging sebuah restoran yang dikatakan paling popular juga di sini Labuan , restoran ni juga mendapat sambutan pelanggan di sini juga pada setiap masa , ia juga lebih fokus dengan makanan barat . Kalau anda seorang penggemar makanan barat dan ni lah tempat akan menjadi pilihan anda , nama restoran ni ialah Cucina De Olive , keadaan suasana restoran ni juga sangat memuaskan dan juga kasual . Oleh tu kalau ada masa boleh membawa keluarga datang ke sini untuk menikmati makanan barat juga , bagi saya memang tak rugi juga kalau bagi yang jauh-jauh datang sini bercuti cuba juga datang ke Cucina De Olive ni . Sendiri boleh menilaikan makanan di dalam restoran ni juga , bagi saya memberi lima bintang terhadap restoran ni kerana ia boleh setanding kafe di hotel lima bintang kat Labuan . 



Restoran ni juga mempunyai berbagai jenis pencuci mulut seperti kek yang menjadi pilihan pelanggan juga di sini , bagi saya memang tak rugi kalau dapat merasakan makanan di restoran ni . Tentang makanan di sini juga adalah semua halal biarpun ia fokus pada masakan barat , bagi setiap harga makanan di dalam restoran ni juga boleh dikatakan berbaloi dengan mengikut setiap pesanan pelanggan . Tentang restoran ni juga ia letak lokasi di kawasan bandar , oleh tu ia mudah kena cari .



kebanyakkan makanan barat di sini yang boleh dikatakan menjadi tumpuan pelanggan ramai iaitu " sirloin steak " dan " grill salmon steak " , dua set menu ni merupakan agak mahal sikit tetapi memang berbaloi mencuba berbeza dua menu ni berbanding di sana luar , selain tu restoran ni juga mempunyai ala-carte sebagai menu tambahan di dalam restoran ni . Tapi restoranni lebih fokus pada makan barat , sini juga menyediakan hi-tea di dalam restoran ni , paling saya gemar ialah " banana waffle " kerana memang kegemaraan saya juga ni ... hehe . Cucina De Olive juga mempunyai menu piza yang mempunyai berbagi jenis piza pilihan setiap pelanggan juga di sini , kalau ada masa boleh bawa keluarga datang ke sini menikmati piza di restoran ni juga . anda semua juga boleh menilaikan sendiri tentang setiap pesanan makanan di dalam restoran ni juga dan saya jamin akan membuat anda semua akan berpuas hati dengan citarasa semua , memang tak menyesal juga dapat menjejaki sebuah restoran yang hebat berada di Labuan ni .

Akhirnya sekali saya ingin mengatakan restoran mempuyai suasana yang baik dengan serta layanan terhadap setiap pelanggan juga agak juga memuaskan dan menjaminkan anda semua akan kembali lagi ke restoran ni untuk menikmati makanan di sini lagi , tentang restoran ni beroperasi ialah pada setiap hari Isnin hingga Ahad dengan waktunya ialah 10 pagi hingga 9.30 malam . Oleh tu jangan lepasan peluang membawa keluarga ataupun kawan-kawan untuk datang ke Cucina De olive dengan menikmati makanan yang terbaik di sini dari masa sarapan ataupun tengah hari , masa hi-tea ataupun makan malam ......





Bandar Labuan , 87000 
Labuan , wilayah persekutuan 
Labuan .

Tel : 087426699

No comments:

Post a Comment