CAMACA @ Imago
Terasa ingin menikmati manisan pencuci mulut terbaik di dalam hidup ni ? Mungkin susah untuk mencari mana 1 tempat yang mempunyai citarasa yang sesuai dengan anda pasal manisan sebagai pencuci mulut ni . Tapi tak apa biar saya memperkenalkan sebuah cafe yang sangat popular di sini Kota Kinabalu , nama cafe ni ialah CAMACA yang merupakan sebuah kafe yang mempunyai berbagai jenis manisan pencuci mulut yang merupakan menu utama di sini seperti " Italian Ice Cream " , " Jamaica Blue Mountain " , " Financier " , " French Madeleine " , " Nama Chocolate " dan " French Fudge " . Semua menu pencuci mulut ni merupakan mendapat sambutan dari setiap pelanggan yang memesannya , memang ada kelas sendiri tentang manisan pencuci mulut di kafe ni . Memang berbaloi datang ke sini untuk mencuba manisan pencuci mulut ni .
Sebenarnya kafe ni juga beroperasi di dalam sebuah pusat beli-belah yang bernama Imago Shopping Mall yang merupakan paling tamui dating ke sini juga ya , oleh tu boleh dikatakan berada di lokasi yang strategik . Tentang harga setiap manisan pencuci mulut ni memang mahal sikit sebab kerana semua adalah yang sihat dan asli tanpa pewarna pada manisan pencuci mulut ni , oleh tu boleh bawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke sini untuk mencuba manisan pencuci mulut yang terbaik ni .
CAMACA juga terdapat manisan pencuci mulut lain seperti kek , bagi saya kek di sini pun tak kurang hebat dengan rasanya dan menggunakan bahan-bahan yang mahal untuk menghasilkan kek yang terbaik di sni kafe , ia pun terdapat berbagai jenis kek yang menjadi pilihan setiap pelanggan juga di sini . kebiasaan juga kafe ni selalu mengguna produk yang sihat seperti organik , buatan di rumah dan juga kurang kalorie untuk menghasilkan kek seperti kek coklat yang mempunyai rasa sesuai untuk setiap pelanggan , oleh tu jangan lepaskan peluang untuk mencuba kek di sini selain manisan pencuci mulut lain . Tentang manisan lain ialah coklat oleh tu terdapat pilihan coklat saya ialah Nama Chocolate mempunyai kualiti coklat terbaik kerana memang berbeza iaitu dapat merasa krim sebenar dan kelicinan coklat pada manisan ni , memang berbakat pada pakar pembuat coklat di kafe ni juga .
Tentang suasana kafe ni pun cukup selesa dengan setiap ubahsuai dalaman kafe ni ,memang nampak ada kelas sendiri . Memang selesa menikmati manisan p[encuci mulut dalam keadaan macam ni , kalau kekasih anda seorang penggemar coklat dan ni tempat yang paling sesuai untuk dia menikmati coklat sebenar . lagipun CAMACA tak akan mengecewakan citarasa setiap pelanggan yang datang ke sini dan jamin akan datang kembali lagi untuk menikmati manisan pencuci mulut. Akhir sekali ialah CAMACA ni memang boleh diberikan lima bintang juga kerana ia setanding dengan kafe yang lain berada di luar sana dan lagipun boleh membeli coklat di sana sebagai cenderahati untuk seseorang juga dan nampak memang istimewa . Bagi saya manisan pencuci mulut ni memang berbaloi untuk kena cuba , jom masa untuk berkunjung ke sana CAMACA .....
G-51 , Ground Floor ,
Imago Shopping Mall ,
KK Times Square 2 ,
Jalan Coastal Highway ,
88100 Kota Kinabalu ,
Sabah .
Tel : 0109839860
No comments:
Post a Comment