Friday, August 10, 2018
Crowd 99 Cafe @ Sandakan
Crowd 99 cafe merupakan sebuah kafe yang dikatakan paling popular di Sandakan area , ia selalu dikunjungi oleh setiap pelanggan yang datang untuk menikmati makanan dan minuman di sini , bagi saya kafe ni memang terdapat berbagai jenis makanan yang boleh dikatakan mempunyai citarasa yang dapat menawan hati pelanggan yang datang ke sini atau " tapao " untuk bawa balik sana rumah . Kalau tentang lokasi kafe ni strategik dan bukan juga susah mencari kafe ni juga ya . Biasanya ni menu utama ialah " Grill Salmon " dan " Homemade Oxtail Soup " , ia juga merupakan menu selalu mendapat sambutan juga dan tidak akan mengecewakan setiap pelanggan yang memesan menu utama ni . Tentang ni kafe ni juga biasanya lebih tumpukan pada makanan barat , oleh tu terdapat juga berbagai jenis makanan barat di sini .
Tentang jenis minuman di sini juga memang ada saingan dengan di luar sana kerana ia mempunyai berbagai jenis minuman yang dikatakan dapat menawan hati pelanggan juga dan gitu juga tentang pencuci mulut di sini iaitu seperti ais-krim dan kek , tentang kek sebagai pencuci mulut di sini boleh memberi markah penuh kerana mempunyai rasa yang asli yang sebenar . Kalau ada masa boleh membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke kafe ni untuk menikmati makanan dan minuman di sini , lepas tu juga boleh menilai sendiri berapa markah terhadap makanan dan minuman di sini . Minuman kopi Itali yang jenama " illy " memang cukup keharuman yang sejati , kalau anda seorang yang minat kopi boleh datang ke sini mencuba kopi Itali ni juga ya .
Kalau cerita tentang pencuci mulut lain lagi iaitu semestinya " Matcha Ice Cream " boleh dikatakan harum dengan rasa tea hijau yang sebenar dan juga penuh rasa krim yang terdapat ais krim ni , ia memang berbeza dengan ais-krim di luar sana juga ya . Ni tiada akan membuat anda kecewa jika memesan pencuci mulut ni ya dan mungkin boleh pesan sekali lagi lepas mencuba ais-krim ni , bagi saya memang sihat juga dengan pencuci mulut ais-krim Matcha ni . Akhirnya sekali ialah kafe ni beroperasi bisnes pada hari Isnin hingga Jumaat dan masa berehat ialah setiap hari Rabu , masa waktu beroperasi ni kafe ialah 11 pagi hingga 11 malam . Oleh tu jangan lepaskan peluang membawa keluarga ataupun kawan-kawan datang ke Crowd 99 Cafe .....
Lot 52 , Ground Floor ,
Lorong Avenue 2 ,
90000 Sandakan , Sabah
Malaysia .
Tel : 089-660869
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment